JURUTEK

PERSATUAN PELAJAR KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

"Elektrik Asas Kemajuan"

MISI

Menganjurkan sebarang aktiviti akademik, social, agama, kebajikan, sukan dan seni yang melibatkan penyertaan mahasiswa bagi semua kursus dalam Kursus Elektrik di UTM dan seterusnya menaikkan imej mahasiswa kejuruteraan elektrik dengan masyarakat UTM khususnya dan masyarakat luar amnya

OBJEKTIF

  • Menjadi pihak perantaraan mahasiswa dengan tenaga pengajar, pentadbir dan organisasi lain yang berkaitan
  • Membantu ahli memahami dengan lebih mendalam tentang bilang kursus masing-masing dalam melahirkan mahasiswa yang berwawasan dan berdaya saing
  • Menambah pengalaman dan pengetahuan yang bermanfaat melalui aktiviti yang telah dijalankan bagi menjana mahasiswa yang berketerampilan
  • Membantu ahli dalam proses pembelajaran dan penyelidikan bagi meningkatkan pretasi akademik dan mendalami bidang yang diceburi
  • Mewujudkan sikap kerjasama dalam kerja berpersatuaan dan merapatkan tali persaudaraan antara sesama ahli

MASA

"Demi masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian"

Kabus Ribut - a beautiful song by Butterfingers


KURSUS KAWALAN


Pada cuti pertengahan semester lepas, persatuan jurutek telah mengadakan kursus kawalan 1 dan kursus kawalan 2.kedua-dua kursus ini berjalan selama 3 hari iaitu kursus kawalan 1 selama 2 hari manakala kursus kawalan 2 sehari.kursus kawalan ini dianjurkan oleh jurutek bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar-pelajar diploma utm city campus agar pelajar tidak bergantung kepada teoritikal sahaja. Ini kerana, zaman kini industri lebih meminat untuk mengambil perkerja yang berkemahiran berbanding perkerja yang lebih kepada teoritikal. Mungkin ramai tertanya-tanya, mengapa jurutek menganjurkan kursus kawalan ini. disini jurutek memilih kursus kawalan kerana terdapat banyak kemahiran yang dapat dipraktikkan daripada teori-teori yang pelajar utm city campus pelajari didalam bilik kuliah. contohnya,subjek litar elektrik, sistem kawalan, PLC, teknologi elektrik, teori litar 1 dan teori litar 2.


Disediakan Oleh :
Mohd Amirul Hisyam Nordin

0 ulasan: