JURUTEK

PERSATUAN PELAJAR KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

"Elektrik Asas Kemajuan"

MISI

Menganjurkan sebarang aktiviti akademik, social, agama, kebajikan, sukan dan seni yang melibatkan penyertaan mahasiswa bagi semua kursus dalam Kursus Elektrik di UTM dan seterusnya menaikkan imej mahasiswa kejuruteraan elektrik dengan masyarakat UTM khususnya dan masyarakat luar amnya

OBJEKTIF

  • Menjadi pihak perantaraan mahasiswa dengan tenaga pengajar, pentadbir dan organisasi lain yang berkaitan
  • Membantu ahli memahami dengan lebih mendalam tentang bilang kursus masing-masing dalam melahirkan mahasiswa yang berwawasan dan berdaya saing
  • Menambah pengalaman dan pengetahuan yang bermanfaat melalui aktiviti yang telah dijalankan bagi menjana mahasiswa yang berketerampilan
  • Membantu ahli dalam proses pembelajaran dan penyelidikan bagi meningkatkan pretasi akademik dan mendalami bidang yang diceburi
  • Mewujudkan sikap kerjasama dalam kerja berpersatuaan dan merapatkan tali persaudaraan antara sesama ahli

MASA

"Demi masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian"

Kabus Ribut - a beautiful song by Butterfingers


Kursus Kawalan 2

Pada 23 & 24 Februari 2008, bertempat di Wokshop Elektronik(B201) telah diadakan Kursus Kawalan 2.Kursus ini telah dihadiri seramai 12 orang peserta dari tahun 3 dan 2 .Kursus dimulakan seawal jam 8.30 pagi.

OBJEKTIF KURSUS KAWALAN 2

Peserta mempelajari cara penyambungan litar dengan cara yang betul dan fungsi telah diterangkan oleh En. Ahmad Redzuan Bin Mohd Hanapiah secara teori dan praktikalnya dilakukan oleh peserta.
Tepat jam 8.30 pagi En.Ridhwan selaku tenaga pengajar memulakan sesi pengajaran.
Para peserta tekun memberikan tumpuan. Sesi ‘briefing’ berlangsung selama hampir setengah jam. Dalam tempoh ini para peserta diterangkan tentang kendalian dan komponen motor.
Program berhenti rehat pada jam 10.30 pagi kepada peserta. Kemudian program disambung kembali dengan sesi praktikal. Selepas itu pelajar berhenti rehat dan solat zohor. Selepas itu kursus dijalankan semula dan tamat pada jam 4.30petang.
Pihak Persatuan JURUTEK berharap para peserta beroleh manfaat dan faedah dari kursus ini. Selain dari itu diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan kursus ini sewaktu di alam pekerjaan nanti.

InsyaAllah.

Sekian , terima kasih

0 ulasan: