JURUTEK

PERSATUAN PELAJAR KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

"Elektrik Asas Kemajuan"

MISI

Menganjurkan sebarang aktiviti akademik, social, agama, kebajikan, sukan dan seni yang melibatkan penyertaan mahasiswa bagi semua kursus dalam Kursus Elektrik di UTM dan seterusnya menaikkan imej mahasiswa kejuruteraan elektrik dengan masyarakat UTM khususnya dan masyarakat luar amnya

OBJEKTIF

  • Menjadi pihak perantaraan mahasiswa dengan tenaga pengajar, pentadbir dan organisasi lain yang berkaitan
  • Membantu ahli memahami dengan lebih mendalam tentang bilang kursus masing-masing dalam melahirkan mahasiswa yang berwawasan dan berdaya saing
  • Menambah pengalaman dan pengetahuan yang bermanfaat melalui aktiviti yang telah dijalankan bagi menjana mahasiswa yang berketerampilan
  • Membantu ahli dalam proses pembelajaran dan penyelidikan bagi meningkatkan pretasi akademik dan mendalami bidang yang diceburi
  • Mewujudkan sikap kerjasama dalam kerja berpersatuaan dan merapatkan tali persaudaraan antara sesama ahli

MASA

"Demi masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian"

Kabus Ribut - a beautiful song by Butterfingers


engineer's night 2008

ANJURAN : Gabungan Persatuan Pelajar Kejuruteraan,
Universiti Teknologi Malaysia City Campus Kuala Lumpur.
TARIKH : 24 Julai 2008 (Khamis)
MASA : 7.45 malam – 10.30 malam
TEMPAT : Dewan Besar,Universiti Teknologi Malaysia City Campus Kuala Lumpur.

OBJEKTIF Program:

1.Memperkenalkan misi, matlamat serta objektif persatuan kapada ahli baru.
2.Mendedahkan perjalanan aktiviti tahunan persatuan yang telah dijalankan dan yang akan dilaksanakan.
3.Mengeratkan silaturrahim antara ahli jawatankuasa dan ahli biasa samada baru atau lama.

Program Engineer’s Night 2008 ini disasarkan kepada semua ahli-ahli baru persatuan kejuruteraan yang telah mendaftarkan diri pada semester ini. Namun ia juga turut disertai oleh Majlis Tertinggi bagi setiap persatuan kejuruteraan disamping ahli lama

Program ini telah berjaya menjalinkan hubungan yang baik antara setiap ahli berlainan kursus kejuruteraan dengan barisan Majlis Tertinggi dari setiap persatuan. Para pelajar juga mendapat suntikan semangat apabila pihak ALUMNI sudi berkongsi pengalaman serta kerjaya dalam bidang kejuruteraan. Kesemua AJK dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya walaupun terdiri daripada pelbagai kursus kejuruteraan.

Ketibaan Tetamu Terhormat :


Pendaftaran :


Persembahan Dari Pelajar Tahun 1 :



Jamuan BBQ :



1 ulasan:

slipper_sneakers berkata...

nice ar...spe yg wat blog ni???respek seyhhh...huhhuuuu...